Logo The Long DistanceThe Long Distance WhatsApp 010-766 1199

Panduan selepas pembelian

Cara bancuh The Long Distance dengan betul

Ikut langkah di bawah. Cara bancuh yang betul sangat penting untuk dapat hasil yang terbaik.

Pek The Long Distance dengan secawan kopi

Terima kasih sebab beli The Long Distance. Kopi ni dibuat daripada kopi Robusta dan akar kayu sebenar, jadi cara bancuh dia sikit berbeza daripada kopi 3-in-1 biasa. Baca panduan ni sekali sahaja, lepas tu tinggal ulang setiap hari.

Ringkasnya

  • 1 sachet (10 g) untuk satu hari
  • Bancuh cawan: air betul-betul mendidih, bukan air panas dispenser
  • Kacau, tunggu suam, baca selawat, minum
  • Minum setiap hari, jangan putus-putus
  • Elak minum lewat malam kerana ada kafein

Pilih cara yang sesuai dengan anda

Cara 1: Bancuh dalam cawan

Cara paling biasa dan paling senang. Sesuai untuk minum di rumah setiap pagi.

  1. 1

    Sediakan 1 sachet

    Koyakkan 1 sachet (10 gram) dan tuang semua serbuk ke dalam cawan. Satu cawan, satu sachet. Jangan kurang, jangan lebih.

  2. 2

    Masak air sampai betul-betul mendidih

    Didihkan air dalam cerek atau periuk sampai bergelegak. Jangan guna air panas dari dispenser atau water filter, kerana suhunya tak cukup panas untuk larutkan herba dengan baik.

  3. 3

    Tuang kira-kira 250 ml air mendidih

    Tuang perlahan-lahan atas serbuk. 250 ml lebih kurang satu cawan biasa (sebelum penuh sampai ke bibir cawan).

  4. 4

    Kacau sampai sebati

    Kacau selama 20 hingga 30 saat sampai tak nampak ketulan serbuk di dasar cawan.

  5. 5

    Tunggu sampai suam

    Biar sekejap sampai suam selesa untuk diminum. Jangan minum waktu air masih menggelegak panas.

  6. 6

    Baca selawat, kemudian minum

    Mulakan dengan selawat. Minum perlahan-lahan sambil duduk, bukan sambil kejar masa. Habiskan semua, termasuk hampas halus di bawah cawan.

Kopi herba hitam pekat dalam gelas kacaSecawan siap: hitam pekat, rasa macam kopi O.
Sachet The Long Distance dituang ke dalam periukKopi herba mendidih perlahan dalam periukHampas halus akar kayu di permukaan air rebusan

Macam ni rupa dia bila direbus: sachet masuk, didih perlahan, hampas halus tinggal. Lepas tu tapis dan tuang.

Air rebusan kopi herba dalam periuk, gelas kosong di sebelahLepas rebus, tapis dan tuang ke cawan.

Rasa dia lebih kurang kopi O: tak manis, ada sedikit pahit akar kayu. Itu normal. Stevia dalam adunan hanya untuk lembutkan pahit akar kayu. Kami tak syorkan tambah gula, tapi kalau rasa perlu, boleh tambah sedikit ikut citarasa.

Cara 2: Dalam botol atau termos

Untuk yang nak bawa minuman ke pejabat atau kerja di luar. Cara ni tak perlu air mendidih, tapi kena rendam lama, lebih kurang sejam.

  1. 1

    Masukkan serbuk ke dalam botol

    Tuang 1 sachet ke dalam botol atau termos yang bersih dan tahan panas.

  2. 2

    Tuang air panas

    Cara ni tak semestinya guna air mendidih. Air panas biasa atau air suam pun boleh, asalkan anda rendam cukup lama. Kalau guna air mendidih, rendaman akan lebih cepat sebati.

  3. 3

    Tutup rapat, goncang, dan rendam lebih kurang 1 jam

    Tutup botol, goncang perlahan, lepas tu biarkan terendam sekurang-kurangnya sejam. Makin lama direndam, makin sebati herba dalam air. Jangan minum terus.

  4. 4

    Goncang, selawat dan minum

    Goncang sekali lagi sebelum tuang ke cawan atau minum terus dari botol. Baca selawat sebelum minum.

Cara 3: Rebus (versi lebih pekat)

Cara ni macam cara ayah pengasas merebus akar kayu. Ramai pelanggan guna cara ni bila nak adunan yang lebih pekat atau kalau dah lama minum herba.

  1. 1

    Masukkan air dan 1 sachet ke dalam periuk

    Guna periuk kecil. Tuang 500 ml air bersih dan masukkan 1 sachet.

  2. 2

    Rebus dengan api sederhana

    Didihkan, kemudian kecilkan sedikit api. Kacau sekali-sekala supaya tak melekat di dasar periuk.

  3. 3

    Rebus sampai air tinggal separuh

    Teruskan merebus sampai air tinggal lebih kurang separuh (sekitar 250 ml). Tanda mudah: ambil sudip atau sudu, ukur paras air sebelum merebus.

  4. 4

    Tutup api dan biar suam

    Angkat periuk dan biarkan suam sekejap.

  5. 5

    Tapis, kemudian tuang ke cawan

    Tapis dahulu guna penapis halus sebelum tuang ke cawan, supaya hampas tak ikut masuk.

  6. 6

    Selawat dan minum

    Minum sedikit demi sedikit. Satu sachet untuk satu hari sudah cukup.

Kesilapan yang biasa orang buat

Perkara penting untuk diingat

Ada soalan atau masalah?

Kalau tak pasti sama ada cara bancuh anda betul, atau parcel ada masalah, terus WhatsApp kami. Kami bantu.

Jaminan: kalau dah habiskan 2 pek ikut cara yang betul tapi tak rasa apa-apa perubahan, WhatsApp kami dan kami hantar 1 pek percuma. Kalau parcel atau packaging rosak semasa penghantaran, kami gantikan percuma.