Terma, penghantaran & jaminan
Kemas kini: 8 Oktober 2026
Produk
The Long Distance ialah kopi pracampuran herba (minuman herba, bukan ubat). Setiap pek ada 7 sachet × 10 g. Mengandungi kafein: tidak sesuai untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan kanak-kanak. Kalau anda sedang makan ubat hospital, jarakkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum atau selepas minum.
Harga
- 1 pek: RM39
- 2 pek: RM70
- 3 pek: RM95
- 4 pek: RM112
- 1 sachet (10 Gram): RM9.90
Harga dalam Ringgit Malaysia. Penghantaran percuma untuk semua pakej.
Bayaran
- Bayar online sahaja: FPX atau kad melalui Billplz, untuk seluruh Malaysia. Kami tidak menerima COD.
Penghantaran
- Order yang disahkan sebelum 1:00 petang (Isnin hingga Sabtu) dipos pada hari yang sama. Selepas itu, dipos pada hari bekerja berikutnya.
- Parcel biasanya sampai dalam 2 hari bekerja selepas dipos (kawasan pedalaman, Sabah dan Sarawak mungkin lebih lama).
- Kami akan WhatsApp nombor tracking selepas parcel dipos.
Barang rosak atau tak sampai
Kalau parcel atau packaging rosak semasa penghantaran, WhatsApp gambar parcel kepada kami dalam masa 3 hari selepas terima. Kami gantikan dengan yang baru, percuma. Kalau parcel tak sampai dalam masa yang munasabah, WhatsApp kami dan kami akan semak dengan kurier.
Jaminan pek percuma
Kalau anda dah habiskan 2 pek ikut cara bancuh atau rebus yang betul tapi tak rasa apa-apa perubahan, WhatsApp kami dan kami hantar 1 pek percuma untuk anda cuba lagi. Sah sekali bagi setiap pelanggan.
Pembatalan
Nak batal order? WhatsApp kami sebelum parcel dipos, dan kami akan pulangkan bayaran penuh.
Hubungi
Long Distance Trading (No. SSM: 202503188581 (003751494-A)), pemilik jenama The Long Distance, No 12, Jalan Bangi Avenue 7/10, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. WhatsApp 010-766 1199.